This app requires JavaScript!

Rizma Auto Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera yang telah ditubuhkan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat- Syarikat Malaysia (SSM) pada 25 Mei 2004. Pemilik syarikat telah mendapat pengalaman melalui kerja dengan syarikat lain terlebih dahulu. Setelah bersedia untuk mengharungi dunia perniagaan, Beliau telah menubuhkan syarikat ini.

Rizma Auto Services Sdn Bhd mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha untuk menjadi sebuah peniagaan yang maju dan dikenali. Satu cawangan di Jalan Kuala Kangsar Ipoh telah dibuka pada awal March 2015 dan akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan di tempat- tempat lain.

Rizma Auto Service Sdn Bhd ternyata mampu bersaing dengan syarikat lain dalam mendapatkan kerja-kerja dalam bidang ini dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik. Pengalaman pemilik syarikat bumiputera yang mempunyai kemahiran dalam bidang automotif selama 16 tahun dalam bidang ini telah menjadikan syarikat ini mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Visi Syarikat


Visi utama syarikat Rizma Auto Services Sdn Bhd adalah untuk memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan.Selain itu juga syarikat ini mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik serta barang yang berkualiti kepada pelanggan.Bagi memastikan visi kami tercapai, penyediaaan tenaga kerja yang professional, menepat masa baikpulih, kos yang berpatutan mengikut spesikasi pengeluar jenama kenderaan dan berkemahiran tinggi dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif.
Rizma Auto Service Sdn Bhd ingin muncul sebagai pusat servis automotif yang menerapkan konsep baik pulih dan penyelenggaraan kenderaan dengan menggunakan peralatan yang berteknologi setaraf dengan negara luar dan akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik.
 

Objektif Syarikat


Objektif utama Rizma Auto Services Sdn Bhd adalah ingin menerajui bidang automotif bumiputra yang berjaya dan berinovasi. Selain itu , juga ingin melahirkan modal insan yang berkualiti dan berintegriti.Di samping itu, Rizma Auto Services Sdn Bhd ingin meningkatkan daya saing usahawan dalam bidang automotif dan menyumbang peningkatan pemilikan ekuiti Bumiputera.
Rizma Auto Services Sdn Bhd kan sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan dari masa ke semas.Objektif ini adalah selaras dengan usaha kerajaan Malaysia dalam melahirkan generasi usahawan yang agresif lagi prihatin dan juga membina Masyarkat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
0000000011
210px
120px
0000000011
210px
120px
0000000011
210px
120px
0000000011
210px
120px
Hubungi Kami
Kami ingin mendengar daripada anda. Sila isi borang dan kami akan memberi maklum balas kepada anda dalam 3 hari bekerja.
Required
Required